Pas Terengganu ucap tahniah kepada Muhyiddin

Datuk Husain Awang
Datuk Husain Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, keputusan itu sekaligus mengakhiri kemelut politik yang melanda negara dan disambut baik oleh rakyat jelata.

"Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

"Semoga kepimpinan yang akan diterajui oleh beliau dapat merealisasikan hasrat membina Malaysia Sejahtera dan memartabatkan Islam di bumi Malaysia.

"Selamat berkhidmat. Siiru 'Ala Barakatillah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

Artikel Berkaitan:

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar