Skuad Bantu Kuala Krai sedia bantu perantau berdepan kecemasan

KUALA KRAI - Skuad Bantu Kuala Krai sedia menghulurkan bantuan kecemasan kepada anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bantuan tersebut melibatkan kereta atau kenderaan rosak, pancit dan kemalangan kecil.
Ketuanya, Md Zaidi Mat Rashid berkata, perkhidmatan bermula Jumaat dan akan berakhir pada Ahad iaitu pagi Hari Raya Aidilfitri.
"Kawasan operasi kami melibatkan kawasan sekitar jajahan ini bermula dari Dabong, Manik Urai, Guchil dan Telekong selain Jalan Jeli-Tanah Merah serta Machang," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurut beliau, untuk kerosakan melibatkan enjin Skuad Bantu akan menggunakan perkhidmatan trak tunda dan membawa kenderaan itu ke bengkel berhampiran untuk dibaiki.
Md Zaidi berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan membantu kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.
"Selain trak tunda, kami mempunyai 15 pacuan empat roda yang akan membantu anak-anak perantau sekiranya berdepan masalah," katanya.
Perantau yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian 01111001091 (Idi Pokdi), 010-9090555 (Tuan Fadhir), 019-9394886 (Yoe) dan 013-6019824 (Mad Laluan Jeli-Tanah Merah-Machang)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

