Peluang berwakaf di bulan Ramadan

Pembinaan Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau hanya siap 25 peratus
Pembinaan Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau hanya siap 25 peratus
A
A
A

JELI - Pembinaan Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah yang hanya siap hampir 25 peratus masih memerlukan dana daripada orang ramai.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, sempena Ramadan pengurusan maahad membuka peluang untuk berwakaf bangunan masjid dalam kadar RM20 untuk satu lot.

Menurut beliau, pembinaan masjid yang bermula tahun 2022 itu diberi keutamaan sebelum bangunan lain.

"Keseluruhan dana yang diperlukan bagi menyiapkan masjid di Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau berjumlah RM1.5 juta namun masih belum mencukupi," katanya.

Beliau memberitahu, masjid berkenaan dapat menampung kira- kira 150 pelajar dan jemaah pada satu-satu masa untuk melakukan ibadah dan aktiviti maahad dengan lebih selesa.

Selain itu katanya, penduduk yang jauh dari pusat bandar juga akan memperoleh kemudahan untuk menghantar anak-anak ke maahad berkenaan.

“Kami berharap lebih ramai berpeluang untuk berwakaf bagi menyiapkan pembinaan masjid tersebut yang akan dilengkapi dengan ruang solat, bilik mesyuarat dan pejabat,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh terus ke akaun Maybank 5530 5641 4773 atas Nama Madrasah Tahfiz Lembah Pergau atau menghubungi pembantu tahfiz terbabit, Muhammad Baihaqi di talian 014-530 5331.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!