Pelancongan di bulan Ramadan

Pelancong asing kagum dengan bazar Ramadan yang menjualkan pelbagai juadah. Gambar hiasan Bernama
Pelancong asing kagum dengan bazar Ramadan yang menjualkan pelbagai juadah. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

AWANG rasa senang hati baca berita bahawa bulan Ramadan tak mengurangkan pelancong ke Malaysia, sebaliknya bertambah. Ini termasuklah pelancong bukan Islam.

Sebelum ini Awang terbaca kenyataan Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia, Wan Muhamad Adam Wan Noruddin yang memaklumkan 400,000 pelancong luar dijangka datang musim Ramadan ini.

Agaknya mereka tertarik dengan suasana Ramadan yang unik di negara kita. Memanglah Awang tengok posting content creator dalam media sosial bagaimana pelancong seronok dengan keadaan berbuka puasa di negara ini. Mereka kagum dengan bazar Ramadan yang menjualkan pelbagai juadah.

Di Kuala Lumpur, pelancong pergi ke Masjid Kampung Baru untuk merasa suasana berbuka selain Masjid Negara dan Masjid Jamek KL. Orang bukan Islam turut hadir di situ. Banyak juga yang pergi ke negeri lain di Semenanjung untuk dapat pengalaman luar biasa itu.

Awang rasa inilah promosi terbaik bagi negara kita. Pada bulan Ramadan pun kita tunjukkan keadaan rakyat Malaysia yang sangat toleran dan menghargai satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!