PBB tidak percaya kerjasama dengan DAP

Idris Buang
Idris Buang
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan kerjasama yang ditawarkan DAP kepada parti itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak dapat dipercayai.

Menurut laporan Suara Sarawak hari ini, Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang berkata, ketika DAP berkuasa di peringkat kerajaan Persekutuan, mereka telah menafikan dan memperlekehkan hak serta kepentingan rakyat Sarawak.

“Hak tersebut telah dituntut oleh GPS berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Inter-Government Committee Report (IGC), Perlembagaan dan sebagainya.

“Kita telah dibuli dan kita tidak dihormati,” katanya.

Tambahnya, terdapat banyak lagi perkara lain yang telah dilakukan oleh pihak DAP kepada Sarawak sebelum krisis kerajaan PH itu berlaku.

Ditanya adakah terdapat ruang dan peluang untuk GPS menjalinkan kerjasama dengan DAP Sarawak atau menolak sekeras-kerasnya idea berkenaan, beliau hanya menyatakan bahawa ia terpulang kepada kepimpinan tertinggi GPS.

“Apa yang saya katakan tadi itu adalah pandangan peribadi saya,” katanya.

Hari ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen telah mengeluarkan satu kenyataan di mana DAP Sarawak merayu untuk menjalinkan kerjasama dengan GPS kerana yakin kerjasama berkenaan akan menghalang berlaku pembentukan kerajaan pintu belakang.

Artikel Berkaitan:

Pada masa yang sama, beliau juga merayu agar pemimpin GPS mengetepikan perbezaan politik masa lalu dan bekerjasama dengan PH demi kepentingan negara yang kini menuju ke arah kerosakan yang teruk.