Kelantan umum 30 Mac cuti peristiwa

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Kelantan pada Rabu mengumumkan 30 Mac sebagai cuti peristiwa (hari kelepasan am) bagi memberi ruang rakyat negeri ini membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cuti berkenaan turut memberi peluang masyarakat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan sahabat handai.
"Kerajaan negeri bersetuju mengumumkan tarikh 30 Mac 2025 sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco.
Beliau memberitahu, Aidilfitri merupakan hari gembira dan kemenangan kepada umat Islam.
"Kita berharap rakyat dapat bermaafan antara satu sama sama lain dan menjaga keharmonian antara kaum yang sudah terjalin sejak dulu," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihat kepada perantau supaya memastikan kenderaan mereka selamat sebelum memulakan perjalanan balik kampung.
"Kita doakan kesemua mereka pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat dan sentiasa berwaspada ketika memandu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!