Terengganu umum 30 Mac cuti peristiwa sempena Aidilfitri

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengisytiharkan tarikh 30 Mac sebagai Hari Kelepasan Am atau cuti peristiwa di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad ini sebagai Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri.

"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad iaitu 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

"Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya di sini pada Selasa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan berkata, ia perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja.

Menurut kenyataan tersebut, tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!