Praktik nilai Surah Al-Saff dalam kehidupan - Wan Azizah

Wan Azizah (dua dari kiri) membaca al-Quran sempena Program World #QuranHour 2025 pada Selasa.
Wan Azizah (dua dari kiri) membaca al-Quran sempena Program World #QuranHour 2025 pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Umat Islam seluruh negara perlu mempraktikkan nilai dalam al-Quran termasuk Surah Al-Saff dalam kehidupan seharian.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, salah satu ayat surah tersebut menyatakan kepentingan menegakkan kebenaran dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Ujarnya, ayat berkenaan mengingatkan masyarakat untuk tidak hanya berjanji tetapi memastikan tindakan mereka seiring dengan apa yang dikatakan.

"Alhamdulillah, dalam salah satu daripada apa yang kita hendak imarahkan ialah ayat (permulaan Surah Al-Saff) di mana 'mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?'

"Itu sangat penting. Jadi daripada ayat itu, kita cuba amalkan sebab ALLAH SWT buat ayat tersebut supaya umat Islam ditinggalkan dengan al-Quran," katanya.

Wan Azizah ketika mengiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2025 pada Selasa.
Wan Azizah ketika mengiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2025 pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas World #QuranHour 2025 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Selasa.

Menurutnya, penganjuran World #QuranHour dilihat memberi banyak manfaat kepada masyarakat Islam seluruh negara terutama menjadikan al-Quran sebagai garis dalam kehidupan.

Beliau turut mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyertai program berkenaan sekali gus dapat mendekatkan diri dengan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Kita dapat mengambil al-Quran sebagai garis dalam kehidupan.

"Sebab itu World #QuranHour memberikan fokus kepada kita tetapi kehidupan kita sepatutnya berlandaskan al-Quran," ujarnya.

Wan Azizah turut mengiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2025 pada Selasa.

Tunku Azizah tiba di pekarangan masjid pada jam 11.55 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Saff yang dipilih sebagai surah utama dalam program tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!