150,000 sertai World #QuranHour di Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menyertai program World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud Alor setar pada Selasa.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menyertai program World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud Alor setar pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 150,000 peserta di seluruh Kedah telah menyertai program World #QuranHour peringkat negeri yang diadakan secara serentak di seluruh Malaysia.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Shahizan Affandi Zakaria berkata, program yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu mengangkat tema #SavingTheUmmah dengan menjadikan Surah Al-Saff sebagai panduan utama.

Katanya, tahun ini adalah tahun ke-10 penganjurannya bagi menggalakkan masyarakat mendekati al-Quran dan menghayati mesejnya dalam kehidupan seharian.

Pelajar tingkatan enam Maktab Mahmud sedang membaca Surah Al-Saff yang dipimpin oleh Qari Muhammad Amrullah Azhari
Pelajar tingkatan enam Maktab Mahmud sedang membaca Surah Al-Saff yang dipimpin oleh Qari Muhammad Amrullah Azhari

“Ia adalah inisiatif Majlis Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia yang mana kita melihat al-Quran sebagai pembimbing kepada masyarakat, jadi kita mahu menanamkan budaya membaca bukan sahaja buku, tetapi juga al-Quran,” katanya ketika ditemui sempena program World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud Alor setar pada Selasa.

Program terbabit dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud Alor Setar pada Selasa.
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud Alor Setar pada Selasa.

Menurutnya, pihak perpustakaan juga telah menghantar surat jemputan kepada pelbagai agensi dan sekolah bagi memastikan program itu dapat dijalankan secara serentak.

“Ini merupakan kali kedua World #QuranHour di Kedah dianjurkan dengan kerjasama pihak luar. Kali pertama ia diadakan pada tahun 2019 di Masjid Zahir.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada peserta di Maktab Mahmud Alor Setar yang turut serta dalam program World #QuranHour.
Sebahagian daripada peserta di Maktab Mahmud Alor Setar yang turut serta dalam program World #QuranHour.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, ini adalah kali pertama kita adakan kembali dengan penyertaan yang amat menggalakkan. Kehadiran lebih 1,000 pelajar dan guru dari Maktab Mahmud Alor Setar hari ini membuktikan sambutan yang baik,” tambahnya.

Beliau berkata, besar harapannya agar program terbabit diadakan dengan skala yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di lokasi luar perpustakaan bagi menarik lebih ramai penyertaan.

Sebahagian pelajar Maktab Mahmud yang turut mengikuti World #QuranHour di surau sekolah mereka pada Selasa.
Sebahagian pelajar Maktab Mahmud yang turut mengikuti World #QuranHour di surau sekolah mereka pada Selasa.

“Selain bacaan al-Quran, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah turut menganjurkan beberapa aktiviti sampingan seperti Bengkel Pengkaedahan Tulisan Jawi, Pertandingan Tulisan Jawi dan Pertandingan Gambar Terbaik bagi menyemarakkan lagi program ini,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!