Anwar dedah sistem MAHB digodam dengan tuntutan AS$10 juta

Anwar berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Selasa. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Anwar berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Selasa. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) digodam dengan tuntutan AS$10 juta.

Menurutnya, namun permintaan tuntutan itu ditolak.

"Apabila dimaklum, saya tidak tunggu, lima saat saya terus jawab no (tidak) kepada tuntutan penjenayah tersebut.

"Semalam kita bicara tentang serangan siber dan godam.

"Ia agak berat terhadap MAHB dalam satu atau dua hari lalu. Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperoleh dana 10 juta dolar atau sebagainya,“ katanya ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Tegas Anwar, Malaysia tidak mungkin akan selamat jika pimpinan dan sistemnya mengizinkan negara tunduk kepada ultimatum penjenayah dan pengkhianat dalam atau luar negara.

Beliau berkata, tindakan untuk tidak tunduk kepada tuntutan penggodam itu sudah pasti membawa risiko kepada kerajaan namun ia membuktikan keperluan untuk meningkatkan keupayaan pihak berkuasa termasuk sektor perbankan.

“Ada risiko? Ya, dan kita harus hebahkan kepada rakyat (tetapi) ini juga memerlukan kecanggihan kita (seperti) dana tambahan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia), bank dan semua untuk persiapan,” tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!