Tiada persefahaman, isteri Edika Yusof fail perceraian

Edika dan Hidayah sudah 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Edika dan Hidayah sudah 22 tahun mendirikan rumah tangga.
A
A
A

KEHADIRAN isteri kepada aktor Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin mengejutkan rakan media yang ketika itu membuat liputan kes perceraian pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.

Tidak menafikan berlaku pergolakan dalam rumah tangga yang sudah 22 tahun dibina, peguam syarie mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim memberitahu anak guamnya itu sudah memfailkan penceraian terhadap aktor tersebut pada pertengahan Februari lalu.

Bagaimanapun pada prosiding pertama tersebut, Yazid memaklumkan Edika selaku defendan telah memaklumkan tidak dapat hadir atas alasan kerja.

Yazid
Yazid

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir atas alasan kerja dan sebagainya.

“Jadi mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sementara itu, ditanya mengenai punca anak guamnya memfailkan cerai, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan ketiadaan persefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

“Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ianya bersifat subjudis terhadap pihak defendan.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan.

Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan,” jelasnya

Dalam pada itu, Hidayah mengambil jalan untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung pemfailan cerai yang dibuat.

Hidayah
Hidayah

Jelas Hidayah, dia mahu mendengar kenyataan daripada pihak suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang respons.

“Semua tahu situasi dan keadaan saya jadi kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.

“Jadi, itu sajalah yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberikan sebarang komen.

“Kalian boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tidak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya dan biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia,” jelasnya yang mengakui sudah tidak serumah dengan Edika namun tidak menjelaskan dengan terperinci.

Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu telah meraih perhatian ramai.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!