World #QuranHour strategi imarah masjid

Masjid An-Nur yang merupakan Masjid Daerah Kampar telah dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.
Masjid An-Nur yang merupakan Masjid Daerah Kampar telah dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.
A
A
A

KAMPAR - Pengurusan Masjid An-Nur di sini yakin penganjuran World #QuranHour akan menjadi pemangkin terhadap aktiviti pengimarahan masjid.

Setiausaha Masjid An-Nur, Isa Hasan berkata, penganjuran yang berprestij dan mendapat pengiktirafan seluruh dunia itu membuka mata kalangan kariah, terutamanya generasi muda untuk bersama membangunkan fungsi masjid dengan pelbagai program dan majlis ilmu.

ISA
ISA

Menurutnya, sebagai contoh kelas mengaji yang dianjurkan masjid pada Sabtu dan Ahad kini mendapat sambutan dari kalangan dewasa dan kanak-kanak dengan penyertaan hampir 30 orang.

“Program #QuranHour sangat baik kerana ada kesan menggalakkan jemaah dan individu belajar al-Quran.

“Dari masa ke masa, jemaah yang datang ke masjid juga semakin bertambah.

“Kalau dahulu lelaki sangat kurang, tetapi sekarang nampak perubahan positif, mereka bersama-sama mahu mengimarahkan program dianjurkan masjid,” katanya kepada Sinar Harian.

Masjid An-Nur yang merupakan Masjid Daerah Kampar telah dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.

Rumah Ngaji Negeri Perak menyasarkan kehadiran seramai 1,000 orang daripada seluruh negeri untuk bersama-sama memanfaatkan penganjuran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Isa berkata, pemilihan masjid itu sebagai tuan rumah disifatkan sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab besar bagi memastikan program berjalan lancar.

“Kita akan cuba melakukan yang terbaik. Paling penting penganjuran ini mendapat sokongan penuh daripada Orang Besar Jajahan Kampar dan Pegawai Daerah yang merupakan penasihat dan pengerusi masjid ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, program tersebut akan diimarahkan dengan majlis khatam al-Quran yang disertai ahli-ahli Rumah Ngaji bermula jam 11 pagi.

“Pengurusan masjid turut mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada 1,000 peserta yang hadir,” kata beliau.

Program kali ini mengangkat tema #SavingTheUmmah dengan Surah al-Saff menjadi surah pilihan, antara lain mengandungi seruan supaya umat Islam bersatu dan mencontohi semangat Hawariyyun iaitu para pembantu agama ALLAH dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!