Penunggang maut elak kereta terbabas di Lebuhraya KL-Karak

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabas merempuh besi penghadang jalan ketika cuba mengelak kereta terbabas di Kilometer 68.5 Lebuhraya KL-Karak pada Ahad.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabas merempuh besi penghadang jalan ketika cuba mengelak kereta terbabas di Kilometer 68.5 Lebuhraya KL-Karak pada Ahad.
A
A
A

BENTONG – Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya dipercayai terbabas dan merempuh besi penghadang jalan ketika cuba mengelak sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 68.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.40 petang, mangsa, Ismail Jamaluddin, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Prevé yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Dengkil, Selangor menuju Kuantan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan, lalu berpusing masuk ke lorong kiri.

"Mangsa yang menunggang motosikal Honda RSX di lorong kiri cuba mengelak, namun terbabas dan merempuh penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, akibat impak perlanggaran, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati jika berhenti untuk membantu mangsa kemalangan.

"Hubungi pihak konsesi lebuh raya atau talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan jika melihat atau terlibat dalam kemalangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!