Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Kota Tinggi – Kluang, berhampiran Simpang Taman Kota Intan, malam tadi. Foto IPD Kota Tinggi
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Kota Tinggi – Kluang, berhampiran Simpang Taman Kota Intan, malam tadi. Foto IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Kota Tinggi – Kluang, berhampiran Simpang Taman Kota Intan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam sekitar jam 10 malam.

"Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Peugeot yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dengan sebuah motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa berusia 35 tahun.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.

"Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda sehingga RM50,000.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafizi Said di talian 07-883122 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!