Juruterbang maut, pesawat terhempas

Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan lapang berhampiran bandar Bonn, barat Jerman. Foto Alex Talash/dpa
Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan lapang berhampiran bandar Bonn, barat Jerman. Foto Alex Talash/dpa
A
A
A

BONN (Jerman) - Seorang juruterbang berusia 51 tahun maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan lapang berhampiran bandar Bonn, barat Jerman, lapor agensi berita Jerman, dpa yang memetik kenyataan polis pada Jumaat.

Anak perempuannya yang berusia enam tahun berjaya keluar dari bangkai pesawat yang terbakar namun mengalami kecederaan serius, menurut polis.

Pasukan penyelamat memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu sebelum membawanya ke hospital.

Menurut polis, keadaannya tidak mengancam nyawa.

Pesawat itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Hangelar pada petang Jumaat.

Penyiasat telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!