Jimat belanja, bantu ringan beban

Pengunjung berpeluang makan beramai-ramai dan merasai suasana seperti berada di Madinah.
Pengunjung berpeluang makan beramai-ramai dan merasai suasana seperti berada di Madinah.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk berbuka puasa bersama seisi keluarga, malah turut membantu menjimatkan perbelanjaan harian.

Bagi sesetengah keluarga, inisiatif itu mengurangkan kos sehingga RM50 sehari, sekali gus membantu mereka mengelakkan pembaziran apabila berbelanja di bazar ketika Ramadan.

Suri rumah, Zurahan Ahmad, 46, berkata, dia telah beberapa kali menyertai program tersebut apabila berjaya mendaftar terlebih awal.

Orang ramai yang berbuka menerusi program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Orang ramai yang berbuka menerusi program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

“Jikalau boleh, saya nak berbuka puasa dengan lebih kerap di Karangkraf tetapi adakalanya tidak sempat mendaftar sebab slot yang terhad.

“Makanannya memang sangat bagus dan bergantung kepada rezeki pada hari tersebut memandang ada pelbagai jenis,” katanya pada Sinar Harian.

Menurutnya, dia perlu membuat pendaftaran lebih awal disebabkan permintaan yang tinggi untuk menyertai program tersebut.

Nor Syaidah Sha’ari, 38, yang hadir bersama tiga anaknya pula mengakui menerima manfaat yang besar daripada program itu.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, makanan sedap-sedap dan ada banyak pilihan setiap hari. Adakalanya, nasi ayam, nasi ayam penyet, nasi kandar dan sebagainya.

“Setakat ini, saya sudah dua kali menyertai program iftar ini dan bersyukur dapat berjimat kira-kira RM50 sehari, setiap kali datang berbuka puasa di Karangkraf,” katanya.

Nor Syaidah berkata, dia berasa amat seronok kerana berpeluang berbuka puasa beramai-ramai dan merasai pengalaman seperti berada di Masjid Nabawi, Madinah.

“Selalu, saya masak sendiri dan dengan adanya iftar percuma ini, saya boleh berjimat sehingga RM50 sehari dan menikmati pelbagai jenis makanan tanpa perlu berbelanja,” katanya.

Petugas mengagihkan makanan kepada pengunjung.
Petugas mengagihkan makanan kepada pengunjung.

Kelebihan program ini turut diakui Azlina Mohamad Nor, 44, seorang pekerja swasta yang pertama kali menyertai Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

“Saya bawa dua orang anak. Alhamdulillah, tak perlu keluarkan satu sen pun untuk makan. Ini satu peluang yang sangat baik untuk membantu keluarga seperti kami,” ujarnya.

Tambah Azlina, dia juga berasa amat teruja untuk merasai suasana seperti di Madinah dengan kehadiran orang ramai yang berbuka bersama-sama.

Sementara itu, pekerja swasta, Diana Atek, 42, menyifatkan, program Iftar Ala Madinah @Karangkraf bukan sahaja membawa keberkatan Ramadan, tetapi juga membantu meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Katanya, inisiatif seperti ini wajar diteruskan agar lebih ramai dapat menikmati manfaatnya terutama golongan yang memerlukan.

Abd Rahman Arpi, 38, dari Klang pula menyambut baik usaha Karangkraf melaksanakan program tersebut kerana membantu pengunjung menjimatkan wang pada bulan Ramadan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!