Toner komputer tiruan bernilai lebih RM90,000 dirampas

KPDN Kelantan merampas serbuk dakwat pencetak (toner) komputer disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 selepas menahan sebuah lori di Kuala Krai pada Khamis. FOTO: KPDN
KPDN Kelantan merampas serbuk dakwat pencetak (toner) komputer disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 selepas menahan sebuah lori di Kuala Krai pada Khamis. FOTO: KPDN
A
A
A

KUALA KRAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas serbuk dakwat pencetak (toner) komputer disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 selepas menahan sebuah lori di sini pada Khamis.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori dalam operasi jam 10.30 pagi itu telah menjumpai 277 unit toner yang disyaki tiruan.

"Pengesahan awal telah dibuat oleh pemilik cap dagang mendapati kesemua toner yang ditemui di atas lori tersebut merupakan barang tiruan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Hasil pemeriksaan ke atas lori dalam operasi jam 10.30 pagi itu telah menjumpai 277 unit toner yang disyaki tiruan. FOTO: KPDN
Hasil pemeriksaan ke atas lori dalam operasi jam 10.30 pagi itu telah menjumpai 277 unit toner yang disyaki tiruan. FOTO: KPDN

Menurut beliau, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019.

Ujarnya, KPDN akan terus komited untuk membanteras penjualan barangan tiruan dan menyeru orang ramai melaporkan aktiviti mencurigakan bagi melindungi pengguna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!