Saintis dakwa temui lokasi MH370 di Lautan Hindi

Pesawat MH370 kekal sebagai salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia sejak ia hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, jam 1.09 pagi, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat MH370 kekal sebagai salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia sejak ia hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, jam 1.09 pagi, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang saintis penyelidikan yang telah bersara mendakwa menemui lokasi bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 2014.

Bekas penyelidik dari Australia Institute for Marine and Antarctic Studies, University of Tasmania, Dr Vincent Lyne, mendakwa telah mengenal pasti satu piksel kuning dalam model topografi dasar laut global yang dipercayainya sebagai lokasi pesawat berkenaan.

Lyne berkata, data daripada General Bathymetric Chart of the Oceans (GEBCO), yang memetakan bentuk dasar laut, menunjukkan kehadiran piksel luar biasa.

Menerusi kaedah batimetri, iaitu pengukuran kedalaman laut untuk menentukan bentuk dasar lautan, beliau mengenal pasti lokasi itu pada latitud 33.02°S dan longitud 100.27°E, dalam sebuah kawah di bahagian timur Broken Ridge, kawasan pergunungan laut dalam di Lautan Hindi.

"Ia tersembunyi jauh di dasar lautan, dengan satu piksel cerah muncul di kawasan pertemuan Broken Ridge dan Zon Retakan Diamantina, menandakan kemungkinan lokasi pesawat dengan ketepatan yang belum pernah dicapai," dakwanya.

Beliau turut menyatakan bahawa lokasi tersebut berada pada kedalaman 5,750 meter dan merupakan satu anomali ketara yang mungkin menunjukkan lokasi nahas MH370.

Bagaimanapun, Lyne mengakui terdapat ketidakkonsistenan dalam data sonar dan bacaan altimeter satelit, yang menimbulkan sedikit ketidakpastian.

Pesawat MH370 kekal sebagai salah satu misteri penerbangan terbesar dunia sejak ia hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, jam 1.09 pagi, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Artikel Berkaitan:

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi menuju ke Beijing, dengan komunikasi terakhir daripada kokpit, "Good night, Malaysian three-seven-zero," menjadi antara petunjuk terakhir yang disahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!