X

Kindly register in order to view this article
!

Raja-raja Melayu selesai mesyuarat

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat meninggalkan Istana Negara hari ini.
 Baginda antara Raja-raja Melayu yang berangkat menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja. Mesyuarat tersebut dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air.
- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu berangkat meninggalkan Istana Negara dengan kenderaan rasmi masing-masing selepas berkenan menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pagi ini di sini.

Antara yang dilihat keluar dari pintu utama istana adalah kenderaan yang membawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 1.03 tengah hari diikuti Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (1.05 tengah hari), Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (1.12 tengah hari) dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 1.13 tengah hari.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 3.35 petang, disusuli Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, satu minit kemudian.

Mesyuarat khas itu diadakan hari ini bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Isnin lepas sebelum beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Interim.

Dalam pada itu, difahamkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 2.45 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Isu untuk melantik Perdana Menteri menyebabkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menemubual semua Ahli Dewan Rakyat pada Selasa dan Rabu bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik negara.

Ini menyaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen subur di negara ini apabila Al-Sultan Abdullah menjalankan peranan dalam mendapatkan fakta bagi membantu baginda membuat keputusan lanjut berhubung perkara itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!