myWaqafPTPTN: Inisiatif bantu mahasiswa teruskan pengajian

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (lima dari kanan) bersama penerima biasiswa myWaqafPTPTN dalam majlis penyerahan biasiswa sempena majlis iftar bersama media di ibu negara pada Rabu.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (lima dari kanan) bersama penerima biasiswa myWaqafPTPTN dalam majlis penyerahan biasiswa sempena majlis iftar bersama media di ibu negara pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) akibat masalah kewangan.

Dalam usaha memperkukuh sumber dana pembiayaan pendidikan, PTPTN dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah melancarkan dana wakaf pendidikan tinggi, myWaqafPTPTN pada 11 Mac 2024.

Inisiatif ini membuka peluang kepada mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan biasiswa bagi menyokong perjalanan akademik mereka.

Sejak diperkenalkan, seramai 58 pelajar telah menerima manfaat daripada dana ini dengan jumlah peruntukan melebihi RM717,000.

Pada majlis penyerahan yang berlangsung pada Rabu, tambahan seramai 24 pelajar menerima biasiswa myWaqafPTPTN dengan peruntukan lebih RM266,000, menjadikan jumlah keseluruhan penerima biasiswa seramai 82 pelajar dengan dana melebihi RM984,000.

Penyerahan biasiswa disempurnakan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, dalam satu majlis iftar bersama media di Kuala Lumpur.

Norliza menyeru lebih ramai pihak tampil untuk menyumbangkan wakaf tunai kepada myWaqafPTPTN bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Norliza menyeru lebih ramai pihak tampil untuk menyumbangkan wakaf tunai kepada myWaqafPTPTN bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.



Turut hadir ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar, serta barisan pengurusan PTPTN dan YWM.

Menurut Norliza, myWaqafPTPTN menggalakkan sumbangan wakaf tunai daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, syarikat korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu, sama ada dari dalam atau luar negara.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, sumbangan berkenaan bukan sahaja membantu mahasiswa yang memerlukan, malah penyumbang turut layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat di bawah subseksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Alhamdulillah, sejak dilancarkan sehingga Februari 2025, jumlah sumbangan yang telah diterima lebih RM1.18 juta.

"Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menyokong program ini dalam Majlis Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 pada Februari lalu,” ujarnya.

Sementara itu, penerima biasiswa myWaqafPTPTN ditemui Sinar Harian pada majlis berkenaan menzahirkan rasa syukur dan gembira atas bantuan yang diterima.

Fatin Nur Humaira Abd Rahman, pelajar Diploma Pengurusan Logistik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, biasiswa tersebut sangat membantu beliau dan keluarganya.

FATIN NUR HUMAIRA
FATIN NUR HUMAIRA



“Selama ini pengajian saya dibiayai sepenuhnya oleh PTPTN. Dengan adanya biasiswa ini, ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa saya serta menampung perbelanjaan saya di universiti,” ujarnya.

HARSHAVARDHAN
HARSHAVARDHAN



Seorang lagi penerima, Harshavardhan Manivannan, juga dari UPNM, menyatakan bahawa biasiswa ini bukan sahaja mengurangkan beban keluarganya, malah memberi motivasi untuk lebih fokus dalam pengajian.

“Kini, ramai pelajar terpaksa bekerja sambilan untuk membantu keluarga. Dengan adanya biasiswa ini, saya dapat memberi lebih tumpuan kepada akademik tanpa perlu risau mengenai kewangan,” ujarnya.

Muhamad Rida Hafeez Mohamad Johari Abdul Rahman, pelajar Diploma Kejuruteraan, turut berpendapat bahawa program ini memberi impak besar kepada mahasiswa kerana mereka tidak perlu menanggung hutang selepas tamat pengajian.

MUHAMAD RIDA HAFEEZ
MUHAMAD RIDA HAFEEZ



“Saya sangat bersyukur kerana menerima biasiswa ini. Terima kasih kepada PTPTN kerana membantu pelajar meneruskan pengajian tanpa perlu risau mengenai kewangan,” ujarnya.

Selain biasiswa, PTPTN juga menawarkan pelbagai insentif melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Antara manfaatnya termasuk pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful kepada pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000, dividen kompetitif, serta jaminan kerajaan dan kepatuhan syariah.

PTPTN turut menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan mereka. Sehingga 31 Disember 2024, jumlah pengguna aplikasi ini telah mencecah 2.33 juta, membuktikan kepercayaan orang ramai terhadap platform digital ini.

Norliza diiringi Ahmad Dasuki (kiri ) serta Dr Ridzwan (kanan) menyampaikan biasiswa myWaqafPTPTN kepada salah seorang penerima.
Norliza diiringi Ahmad Dasuki (kiri ) serta Dr Ridzwan (kanan) menyampaikan biasiswa myWaqafPTPTN kepada salah seorang penerima.



Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN terus mendukung usaha memperkasakan amalan penabungan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, PTPTN yakin dapat memastikan lebih ramai mahasiswa dapat meneruskan pengajian tanpa beban kewangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!