Berita gembira buat rakyat Kelantan Rabu ini

Mohd Nassuruddin (kiri) dan Mohamed Fadzli (tengah) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Khamis.

A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam serta rakyat di negeri ini pada Rabu nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pengumuman tersebut akan diumumkan sebaik sahaja mencapai kata putus semasa mesyuarat Exco nanti.

"Berkenaan bantuan khas kewangan Aidilfitri serta cuti tambahan, semuanya akan diputuskan Rabu ini atau sebelum itu.

"Semua ini akan diputuskan oleh Menteri Besar. Kita mengharapkan ada pengumuman bagaimanapun bergantung kepada keputusan dalam mesyuarat Exco nanti," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Sementara itu mengulas mengenai penyampaian kuih raya tersebut, Mohamed Fadzli berkata, ia adalah sebagai tanda ingatan serta penghargaan kepada pihak keselamatan yang menjaga keamanan negara khususnya di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!