Warga emas tampar lelaki bukan Islam dituduh semula di mahkamah

Warga emas Abdul Razak Ismail, yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.
Warga emas Abdul Razak Ismail, yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Individu yang bertindak menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berpuas hati satu pendakwaan wajar dikenakan terhadap individu tersebut.

Menurutnya, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit semasa prosiding kes berlangsung pagi tadi.

“Isu teknikal melibatkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang 19 Mac 2025,” katanya.

Jabatan Peguam Negara, menurut kenyataan itu, komited untuk memastikan semua pihak memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Mahkamah Majistret di sini pada pagi Rabu melepas tanpa membebaskan (DNAA) warga emas, Abdul Razak Ismail, 65, yang menampar seorang lelaki bukan Muslim di sebuah kedai serbaneka di pusat membeli-belah di sini pada Ahad lalu.

Tangkap layar kejadian seorang warga emas yang menyerang seorang pemuda bukan Islam yang makan di luar sebuah premis perniagaan.
Tangkap layar kejadian seorang warga emas yang menyerang seorang pemuda bukan Islam yang makan di luar sebuah premis perniagaan.

Keputusan dibuat Majistret A Shaarmini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan kepada mahkamah berhubung arahan terbaharu untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu tular video di aplikasi X yang memaparkan seorang pemuda ditegur seorang warga emas kerana didakwa makan secara terbuka pada bulan Ramadan di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Pada Isnin, polis mengesahkan mangsa telah membuat laporan mengenai insiden tersebut pada jam 9.08 malam, Ahad.

Mangsa mendakwa ditampar dua kali pada pipi kanan oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas suspek bertanya mengenai agamanya dan meminta MyKad miliknya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa menyerahkan MyKad miliknya menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum dia ditampar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!