X

Kindly register in order to view this article
!

DAP dapat restu kerjasama dengan Bersatu di Kedah

Kok Yew (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta My Kampung Fun Run 2020 di pekarangan Alor Setar Mall hari ini.
A
A

ALOR SETAR - DAP Pusat memberi restu kepada DAP Kedah untuk terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam usaha mengekalkan kerajaan sedia ada di negeri ini.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, pihaknya sudah menghubungi DAP Pusat untuk membincangkan perkara tersebut selepas Bersatu sah keluar dari Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu.

Menurutnya, DAP sedaya upaya mahu mengurangkan kesan yang akan dirasai rakyat walaupun situasi sekarang masih lagi bergantung kepada parti masing-masing di peringkat Pusat.

"Kita tidak boleh terikut-ikut kerana kita mempunyai hubungan yang baik dengan semua barisan Exco daripada PH dan Bersatu, kita (di negeri) adalah satu entiti yang berasingan (dengan Pusat).

"Kita mahu kekalkan mandat yang diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekarang kita lebih melihat kepada agenda rakyat apa yang kita janji dan perlu laksanakan," katanya ketika ditemui pada Program My Kampung Fun Run 2020 di pekarangan Alor Setar Mall hari ini.

Tan Kok Yew
Tan Kok Yew

Katanya, kerjasama sebagai satu pasukan sebelum PRU14 perlu dikekalkan bagi melaksanakan amanah selepas diberikan kuasa oleh rakyat.

"Bagaimanapun, kita akan terus memantau perkembangan semasa di peringkat Pusat dari semasa ke semasa," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Kedah kekal ditadbir Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendapat sokongan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH dan Bersatu untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Kedah kekal ditadbir Mukhriz

Mukhriz berkata, kesemua 18 ADUN PH dan Bersatu sepakat bahawa kerajaan Kedah dikekalkan agar urusan pentadbiran lancar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!