Ismail Sabri selesai beri keterangan hampir tujuh jam di SPRM

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau. Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin selepas hampir tujuh jam berada di lokasi tersebut.

Ahli Parlimen Bera itu keluar dari bangunan SPRM pada jam 4.30 petang selepas tiba pada jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam, diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemimpin veteran UMNO itu dipanggil untuk disoal siasat serta memberi keterangan kepada pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah.

Menurut sumber, bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijangka hadir semula ke SPRM Putrajaya pada Rabu bagi menyambung rakaman percakapan.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada pihak SPRM berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!