Ismail Sabri hadir kali ketiga beri keterangan kepada SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir kali ketiga bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Isnin.
Ahli Parlimen Bera itu tiba jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dan diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Membuka cermin kereta yang dinaiki, bekas Perdana Menteri kesembilan itu melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada pihak media yang menanti kehadirannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!