Masjid An-Nur dipilih lokasi utama World #QuranHour di Perak

Masjid An-Nur, Kampar dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.
Masjid An-Nur, Kampar dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.
A
A
A

IPOH - Masjid An-Nur, yang merupakan Masjid Daerah Kampar telah dipilih sebagai lokasi utama bagi penganjuran World #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada 25 Mac ini.

Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, penganjuran kali ini dibuat di luar ibu negeri Perak bagi menyemarakkan lagi sambutan World #QuranHour tahun ini.

Menurutnya, pihak Rumah Ngaji Negeri Perak menyasarkan kehadiran seramai 1,000 orang daripada seluruh negeri untuk bersama-sama memanfaatkan penganjuran tersebut.

"Setiap tahun, bilangan kehadiran peserta World #QuranHour semakin meningkat dan tahun ini juga kami jangkakan begitu kerana orang ramai semakin menghargai al-Quran.

"Tahun ini, kami berharap lebih ramai orang akan membaca serta memahami maksud Surah Al-Saff yang menjadi surah pilihan kami pada kali ini," katanya kepada Sinar Harian.

Robaatun Hadayiah turut berkata, istimewa pada tahun ini, Rumah Ngaji Perak menampilkan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2002 dan 2004, Radzi Kamarul Hailan, untuk mengetuai alunan Surah Al-Saff bersama-sama hadirin.

Menurutnya, tadabbur bagi surah tersebut pula akan disampaikan oleh Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Sementara itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan acara berkenaan dan mendapatkan manfaat daripada penganjuran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!