Duit raya syiling pemberian Tun M 29 tahun lalu jadi kenangan

SHAH ALAM – Perkongsian seorang pemuda mengenai kenangan manis menerima duit raya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira 29 tahun lalu meraih perhatian pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok, pemilik akaun dikenali sebagai Syamil Shuib menunjukkan kepingan syiling 10 sen berjumlah RM3 yang masih dalam keadaan baik dan disimpan dalam gulungan kertas.
Bungkusan duit raya itu turut tertera jumlah wang yang diberikan serta tandatangan Dr Mahathir.
Menurutnya, generasi muda kini mungkin tidak berpeluang merasai pengalaman sama seperti yang pernah dilaluinya.
"Duit raya Tun (Dr Mahathir) bagi dekat saya. Terima kasih @chedetofficial. Generasi sekarang mungkin sudah tidak jumpa duit raya macam ini," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Dalam hantaran sama, pemuda itu turut berkongsi gambar kenangannya bersama Dr Mahathir yang ketika itu masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Video berdurasi 29 saat yang dikongsi Syamil Shuib mendapat hampir 60,000 tanda suka, lebih 1,000 komen, dan hampir 2,300 perkongsian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

