PH Johor dakwa gabungan baharu tidak dapat sokongan majoriti

Sidang media PH Johor di Grand Paragon Hotel malam ini.
Sidang media PH Johor di Grand Paragon Hotel malam ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa gabungan baharu tidak mendapat sokongan majoriti.

Wakil PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada ketiga-tiga parti masih menyokong PH Johor yang kini masih menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

"Pada malam ini kita berhimpun untuk menyatakan pada semua rakyat bahawa PH Johor mempunyai sokongan 28 ADUN negeri.

"Sokongan adalah termasuk 14 dari Amanah, sembilan (DAP) dan lima PKR, semuanya hadir himpunan pada malam ini," katanya pada sidang akhbar PH Johor di Hotel Grand Paragon Johor Bahru di sini hari ini.

Pada majlis itu Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor turut menyebut senarai nama ADUN yang menyokong PH Johor.

Terdahulu, Istana Johor mengumumkan sebuah gabungan baharu akan mengambil alih kerajaan negeri selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menemubual 54 daripada 56 ADUN Johor semalam.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah berkata, Sultan Ibrahim berpuas hati selepas gabungan baharu itu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 ADUN memilih gabungan baharu berbanding 26 pula memilih PH.

ARTIKEL BERKAITAN Pakatan Harapan tumbang di Johor

Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu

Artikel Berkaitan: