Muhammad tamat khidmat Presiden TI-M

Muhammad
Muhammad
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan akan menamatkan perkhidmatannya pada Sabtu, berikutan had penggal enam tahun telah tamat.

Dalam kenyataan rasmi pada Jumaat, Muhammad menyampaikan penghargaan kepada pihak media atas sokongan terhadap usaha TI-M memerangi rasuah di Malaysia sepanjang tempoh kepimpinannya.

Beliau menzahirkan penghormatan kepada peranan penting media dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat dan menyeru supaya terus memperjuangkan nilai-nilai integriti.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi anda terhadap usaha advokasi kami membanteras rasuah di Malaysia selama enam tahun saya berkhidmat di TI-Malaysia. Peranan ahli media amat penting dalam memastikan kebenaran dan maklumat berharga disampaikan kepada rakyat," katanya.

Beliau turut menyeru agar media kekal komited dalam memperjuangkan kebenaran dan terus berani menyuarakan isu-isu penting yang membawa kebaikan kepada negara.

Muhammad dilantik sebagai Presiden TI-M pada 2019, menggantikan Datuk Akhbar Satar. Sepanjang tempohnya, beliau aktif dalam memperkukuhkan usaha membanteras rasuah, meningkatkan kesedaran masyarakat, dan memperjuangkan ketelusan dalam sektor awam serta swasta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!