Sumbangan Kumpulan Karangkraf tampung perbelanjaan anak - Waris

Rosabariah (lima dari kiri) menerima sumbangan daripada pihak Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Rosabariah (lima dari kiri) menerima sumbangan daripada pihak Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Waris kakitangan Kumpulan Karangkraf yang telah meninggal dunia menzahirkan rasa syukur kerana menerima sumbangan daripada syarikat bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka.

Salah seorang waris, Rosabariah Shamsudin, 46, berkata, bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya memandangkan lima orang anaknya masih lagi bersekolah.

“Saya mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Karangkraf kerana prihatin kepada keluarga. Sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan pendidikan anak-anak.

“Oleh sebab saya sendiri pun tidak bekerja, jadi pemberian tersebut dapat membantu keluarga kami,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Sagu Hati Kepada Waris Tiga Bekas Pekerja yang Telah Meninggal Dunia di Dewan Karangkraf di sini pada Khamis.

Inisiatif sumbangan tersebut bertujuan membantu waris keluarga pekerja berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Datuk Muhammad Nasir Hamzah serta Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Rosabariah merupakan isteri kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan, 49, yang meninggal dunia pada 24 Disember tahun lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Turut menerima sumbangan ialah waris keluarga Allahyarham Mohd Jamil Hamzah yang sebelum ini bertugas sebagai Operator Cetak 1 Operasi Komersial Ultimate Print Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Isteri Allahyarham, Rusilah Kassim, 60, berkata, dia tidak menyangka syarikat memberi sumbangan yang besar kepada usaha kerja Allahyarham suaminya yang telah berkhidmat selama 34 tahun.

Rusilah dan Nur Dayana.
Rusilah dan Nur Dayana.

Menurutnya, pemberian sagu hati itu boleh digunakan untuk keperluan diri dan anak-anaknya sahaja.

“Ini kerana kita sendiri yang menghadapi kesusahan dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan orang lain.“Bagi mereka yang tidak tahu, mungkin mereka beranggapan sumbangan ini besar nilainya dan boleh berkongsi tetapi pada saya mungkin ini untuk diri dan masa depan saya, insya-ALLAH,” ujarnya.

Selain waris Rosli dan Mohd Jamil, syarikat turut menyerhkan sumbangan kepada waris Allahyarham Norosalmawati Salehuddin yang meninggal dunia pada 24 November tahun lalu.

Anak Allahyarham, Nur Dayana Mohd Khalil, 27, berkata, usaha syarikat memberikan sumbangan kepada pekerja yang telah meninggal dunia itu disifatkan sebagai satu langkah baik dalam menghargai jasa mereka sepanjang tempoh berkhidmat.

Katanya, pemberian itu dapat memberi manfaat kepada mereka sekeluarga untuk dijadikan dijadikan sebagai simpanan bagi kegunaan masa depan.

“Ini adalah satu hadiah atau sumbangan untuk masa depan, jadi insya-ALLAH kami sekeluarga sebagai waris akan menggunakan sebaik mungkin sumbangan tersebut.

“Saya yakin ibu sudah banyak berjasa kepada Kumpulan Karangkraf dan ini adalah satu penghargaan yang baik untuk kami sekeluarga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!