Warga emas tunjuk kemaluan dipenjara 18 hari

Zainal Abidin dikenakan hukuman penjara 18 hari oleh Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Rabu selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada remaja berusia 18 tahun.
Zainal Abidin dikenakan hukuman penjara 18 hari oleh Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Rabu selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada remaja berusia 18 tahun.
A
A
A

PARIT BUNTAR - "Kamu tidak malu ke tunjuk kemaluan dekat orang?"

Demikian teguran diberikan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi kepada pesawah, Zainal Abidin Sabri, 72, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di Mahkamah Majisret Parit Buntar pada Rabu.

Menurut beliau, kesalahan seumpama itu bukan kes pertama kali berlaku.

"Bagi kes ini mahkamah tidak benarkan permohonan denda, kamu dipenjara 18 hari dari tarikh hari ini.

"Kamu keluar penjara nanti, esok dah raya," katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa telah menunjukkan kemaluan kepada remaja terbabit dengan niat mengaibkan kehormatannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai sejuk beku pada jam 5.24 petang, 2 Mac lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Ruhan 'Imran Abdul Halim.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa didatangi seorang lelaki warga emas yang bertanyakan mengenai minyak masak sebelum diberitahu tiada dijual.

Tertuduh kemudian berulang kali meminta seluar dalam yang dipakai mangsa namun, remaja terbabit tidak mengendahkannya.

Menyedari ada pelanggan lain, tertuduh terus berlegar-legar dalam premis berkenaan dan ketika keluar, mangsa perasan tertuduh menunjukkan kemaluannya sebelum beredar.

Tindakan tertuduh yang kerap kali datang ke premis berkenaan untuk menganggu mangsa telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!