Lapan cedera bas bawa 39 penumpang terbabas

Bas pembawa 40 penumpang termasuk pemandu terbabas melanggar penghadang jalan.
Bas pembawa 40 penumpang termasuk pemandu terbabas melanggar penghadang jalan.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 40 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara di sini pada Rabu.

Kejadian jam 6 pagi itu menyebabkan seramai lapan cedera dengan dua daripadanya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 6.01 pagi.

"Bas itu dinaiki 28 penumpang wanita dan 12 lelaki termasuk pemandu dan dua pembantu dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

"Sebaik sampai didapati enam penumpang perempuan dan seorang penumpang lelaki termasuk pemandu bas mengalami kecederaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Lapan cedera ringan dan dua daripadanya dihantar ke HTJ untuk rawatan lanjut.
Lapan cedera ringan dan dua daripadanya dihantar ke HTJ untuk rawatan lanjut.



Menurutnya, mereka yang cedera telah diberi rawatan awal oleh paramedik dengan bantuan pasukan khas EMRS.

Beliau berkata, pemandu bas berusia 56 tahun itu memaklumkan dia mengalami pitam dan sempat melaporkan kepada syarikatnya sebelum terbabas ke penghadang jalan.

"Kita telah serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Operasi menyelamat tamat pada jam 7.25 pagi dan melibatkan Balai Bomba Penyelamat Rembau, Kota, Seremban, Senawang dan Seremban 2," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!