Lima anggota trafik tolak bas ekspres rosak terima penghargaan

Gambar tular anggota polis trafik menolak bas rosak.
Gambar tular anggota polis trafik menolak bas rosak.
A
A
A

KOTA BHARU - Lima anggota polis trafik tidak menyangka kerjasama mereka menolak sebuah bas ekspres yang dipercayai mengalami kerosakan gear di lampu isyarat Jalan Lembah Sireh menghala ke Jalan Telipot mendapat penghargaan syarikat bas terbabit.

Koperal A Halim Jaafar, 39, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata, mereka menjalankan tugas selepas menerima laporan sebuah bas mengalami kerosakan.

Menurutnya, ketika sedang bertugas kira-kira jam 6 petang Khamis minggu lalu, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi.

"Kita dapati berlaku kesesakan luar biasa sebelum dimaklumkan bas ekspres itu mengalami masalah gear," katanya kepada pemberita selepas menerima sijil penghargaan daripada syarikat Konsortium E-Mutiara Berhad pada Khamis.

A Halim memberitahu, mereka dibantu orang awam menolak bas sejauh kira-kira 50 meter dari lampu isyarat Lembah Sirih menghala ke Jalan Telipot.

Che Ibrahim (tengah) bersama lima anggota polis trafik gang menerima sijil penghargaan.
Che Ibrahim (tengah) bersama lima anggota polis trafik gang menerima sijil penghargaan.

"Kami mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi membolehkan bas itu berada di tepi jalan dan kenderaan mula bergerak lancar," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa anggota polis trafik menolak bas yang mengalami kerosakan di sebuah jalan di Kota Bharu.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai memuji tindakan anggota polis berkenaan kerana membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail berkata, kesemua anggota polis trafik itu tampil membantu bas ekspres yang mengalami kerosakan luar jangka ketika waktu puncak.

"Tindakan pantas dan profesional mereka bukan sahaja menyelesaikan masalah syarikat tetapi berjaya mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Kami menghargai dedikasi dan komitmen mereka dalam menjaga keselamatan dan keselesaan masyarakat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!