Bank Rakyat hargai petugas media, sumbang 300 pek makanan di Sinar Harian

(Dari kiri) Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa; Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Naib Presiden Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Bank Rakyat, Siti Norayu Mohd Jamil; Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin; Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang dan Eksekutif Komunikasi Korporat, Aznur ‘Atiqah Maryam Aziz (dua dari kanan) serta Nurul Emilyana Khalid (paling kanan).

A
A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat menyumbangkan sebanyak 300 pek makanan kepada petugas media Sinar Harian dalam program ‘Penyerahan Pek Juadah Berbuka Puasa 2025’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini pada Selasa.

Penyerahan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 2,200 pek yang diagihkan oleh syarikat tersebut kepada petugas media di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak sepanjang Ramadan kali ini.

Inisiatif tahunan tersebut memasuki tahun ke-11 penganjurannya sebagai tanda penghargaan terhadap pengamal media yang bertungkus-lumus dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Bank Rakyat menyumbangkan sebanyak 300 pek makanan kepada petugas media Sinar Harian dalam program ‘Penyerahan Pek Juadah Berbuka Puasa 2025’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam pada Selasa.

Program tersebut bukan sahaja membantu meringankan urusan berbuka puasa petugas media tetapi juga mengukuhkan hubungan baik antara Bank Rakyat dan golongan berkenaan.

Bank Rakyat dijangka meneruskan tradisi ini pada tahun akan datang sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat mereka.

(Dari kiri) Junhairi; Airol Fadley; Zamri; Nik Justin, Siti Norayu dan Aznur ‘Atiqah (tiga dari kanan) serta Nurul Emilyana (paling kanan).
(Dari kiri) Junhairi; Airol Fadley; Zamri; Nik Justin, Siti Norayu dan Aznur ‘Atiqah (tiga dari kanan) serta Nurul Emilyana (paling kanan).

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarang Beritanya, Junhairi Alyasa dan Naib Presiden Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Bank Rakyat, Siti Norayu Mohd Jamil.

Turut hadir, Eksekutif Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Aznur ‘Atiqah Maryam Aziz dan Nurul Emilyana Khalid; Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin; Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!