Pemilik kedai runcit ditahan simpan, edar dadah bernilai RM346,225

Balveer Singh menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan pada Rabu lalu.
Balveer Singh menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan pada Rabu lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik kedai runcit bersama dua individu warga tempatan ditahan dalam serbuan di Taman Universiti, di sini, pada Rabu selepas didapati memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 22 hingga 29 tahun.

“Dalam serbuan ini, kami berjaya merampas dadah seberat lebih empat kilogram bernilai RM346,225, selain menyita lapan kenderaan dan wang tunai RM1,000.

Balveer Singh menunjukkan gambar pemilik kedai runcit yang berusia 29 tahun.
Balveer Singh menunjukkan gambar pemilik kedai runcit yang berusia 29 tahun.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu digunakan oleh 12,697 individu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini, pada Selasa.

Menurutnya, kedai runcit berkenaan dijadikan stor penyimpanan dadah jenis syabu, ekstasi dan ganja yang dipercayai diperoleh dari negara jiran.

Bagaimanapun, katanya, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah.

Antara lapan kenderaan membabitkan empat kereta dan empat motosikal yang disita dalam serbuan berkenaan.
Antara lapan kenderaan membabitkan empat kereta dan empat motosikal yang disita dalam serbuan berkenaan.

“Semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

“Suspek berusia 29 tahun memiliki rekod kesalahan jenayah, manakala seorang lagi berusia 22 tahun mempunyai satu rekod kesalahan dadah dan tiga kes jenayah,” ujarnya.

Beliau berkata, semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dan direman lima hari bermula 6 hingga 10 Mac bagi siasatan awal.

Menurutnya, perintah reman kedua selama tujuh hari bermula 11 hingga 17 Mac telah dibenarkan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!