X

Kindly register in order to view this article
!

Pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan esok

Bantuan ekonomi itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan kesan buruk daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China.
A
A

KUALA LUMPUR - Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dinanti-nantikan akan diumumkan seperti yang dijadualkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 4 petang esok di Putrajaya.

Jemputan media daripada Kementerian Kewangan mengesahkan acara itu.

Terdahulu, Dr Mahathir menulis di Twitternya bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi tersebut.

Pakej itu bertujuan untuk merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan sebarang kesan buruk yang timbul berikutan penularan koronavirus (Covid-19) dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Bantuan ekonomi itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan kesan buruk daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China. - Bernama