Masjid Al-Kausar mercu tanda Gunung Jerai

Masjid Al-Kausar, Kampung Setar di Yan berkeluasan 0.8 hektar akan dinaik taraf dan menjadi mercu tanda sekali gus memenuhi keperluan jemaah serta keselesaan musafir yang mahu ke Gunung Jerai.
Masjid Al-Kausar, Kampung Setar di Yan berkeluasan 0.8 hektar akan dinaik taraf dan menjadi mercu tanda sekali gus memenuhi keperluan jemaah serta keselesaan musafir yang mahu ke Gunung Jerai.
A
A
A

YAN - Masjid Al-Kausar, Kampung Setar di sini yang berkeluasan 0.8 hektar akan dinaik taraf dan menjadi mercu tanda sekali gus memenuhi keperluan jemaah serta keselesaan musafir yang mahu ke Gunung Jerai.

Setiausahanya, Abd Mu'min Mohd Rozi berkata, wajah baharu ini nanti dijangka boleh memuatkan 1,100 jemaah dalam satu masa.

"Untuk tujuan itu dana berjumlah RM1.71 juta diperlukan. Hasrat kita untuk menjadikan masjid tersebut sebagai tempat yang selesa dan indah bukan sahaja bagi aktiviti solat fardu tetapi juga Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, selain itu masjid terbabit juga bakal menjadi pusat setempat penduduk dengan pelbagai kemudahan awam seperti taman rekreasi dan medan selera.

Ujarnya, orang ramai yang menggunakan laluan kaki Gunung Jerai dari Gurun ke Yan juga dapat menjadikan ia sebagai tempat rehat dan rawat (RNR).

Abd Mu'min memberitahu, pihaknya juga akan menyediakan kemudahan ruangan jamuan terbuka, bilik pengurusan jenazah, tandas awam termasuk untuk orang kurang upaya (OKU).

"Kedai runcit, gerai makanan, taman rekreasi serta gelanggang sepak takraw, tempat penyembelihan dan dewan serbaguna antara akan disediakan di sini," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02084010670471, Masjid Al-Kausar Kampung Setar.

Ujarnya, atau boleh menghubungi talian 0195700274 (Hasbullah Hashim), 0195038117 (Abd Mu'min Mohd Rozi) atau 0175485465 (Hassan Samini Ismail).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!