SD sudah tidak relevan, kata Anwar

Anwar dan Wan Azizah berjalan menemui pengamal media di hadapan kediamannya di Bukit Segambut sebentar tadi.
Anwar dan Wan Azizah berjalan menemui pengamal media di hadapan kediamannya di Bukit Segambut sebentar tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh ahli Parlimen daripada semua parti politik sebelum ini dianggap sudah tidak relevan.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi ruang kepada semua ahli Parlimen tanpa melibatkan apa-apa kenyataan diluar istana sejak semalam.

“Tuanku sudah beri ruang kepada semua dan dengan cara ini SD sudah tidak relevan

“Tuanku lihat ini adalah satu proses sahkan pilihan kita tanpa kenyataan di luar dan bermakna keputusan telah berbeza. Ini merupakan kuasa mutlak Tuanku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pihak di uar kediamannya di Bukit Segambut di sini hari ini.

Turut menemani beliau, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya keyakinannya untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan, Anwar berkata beliau sentiasa memiliki semangat itu namun perlu bersabar.

Katanya, beliau tidak gemar bermain dengan nombor namun tetap melahirkan keyakinan.

Artikel Berkaitan:

“Sabar, tunggu kenyataan akan dikeluarkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada jam 4.30 petang ini,” katanya.

Terdahulu pengamal media yang berkampung di hadapan kediamannya sejak jam 8 pagi tadi turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinannya yang ke-40 hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin