Perang perdagangan bermula

Pelaksanaan tarif itu dijangka memberi impak besar kepada kuasa beli rakyat Amerika. (Gambar kanan: Trump)
Pelaksanaan tarif itu dijangka memberi impak besar kepada kuasa beli rakyat Amerika. (Gambar kanan: Trump)
A
A
A

WASHINGTON - Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan rakan ekonomi terbesar mereka bermula selepas tarif tinggi dikenakan ke atas Kanada, Mexico dan China berkuat kuasa pada Selasa.

Tindakan Washington itu turut mencetuskan tindak balas dari Beijing dan Ottawa.

Pelaksanaan duti itu dijangka memberi kesan kepada lebih AS$918 bilion (RM4.1 trilion) nilai import dari Mexico dan Kanada.

Pada Isnin, Trump turut menandatangani perintah untuk mengenakan cukai berganda sebanyak 20 peratus ke atas pelbagai produk Beijing.

China bagaimanapun mengecam pelaksanaan tarif secara unilateral oleh AS dan memberi respons segera untuk mengenakan tarif sebanyak 10 dan 15 peratus levi ke atas pelbagai import pertanian termasuk daging ayam dan kacang soya dari Washington berkuat kuasa pada minggu depan.

Perang perdagangan antara AS dengan rakan ekonomi terbesar mereka bermula selepas tarif tinggi dikenakan ke atas Kanada, Mexico dan China berkuat kuasa pada Selasa.
Perang perdagangan antara AS dengan rakan ekonomi terbesar mereka bermula selepas tarif tinggi dikenakan ke atas Kanada, Mexico dan China berkuat kuasa pada Selasa.

Ahli ekonomi bagaimanapun memberi amaran tarif sedemikian boleh menaikkan harga pengguna sambil menekan pertumbuhan dan pekerjaan.

Pelaksanaan duti ke atas Kanada dan Mexico dijangka mengganggu rantaian bekalan untuk sektor utama seperti kereta serta bahan binaan, sekali gus menyebabkan peningkatan kos kepada isi rumah.

Artikel Berkaitan:

Ia berisiko merumitkan usaha Trump bagi memenuhi janji kempen beliau menurunkan harga barangan untuk rakyat Amerika.

Sebagai tindak balas, Ottawa akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan import AS selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau menegaskan mereka tidak akan membiarkan keputusan sebelah pihak itu 'bermaharajalela'.

Sementara itu, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum memaklumkan mereka mempunyai pelan kontigensi tentang isu tersebut. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!