Kualiti udara di Balok sangat tidak sihat

Kawasan Balok Baru, Pahang catat IPU sangat tidak sihat iaitu 250. Foto JBPM
Kawasan Balok Baru, Pahang catat IPU sangat tidak sihat iaitu 250. Foto JBPM
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan Balok Baru, Pahang merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori sangat tidak sihat iaitu 250 setakat 5 petang pada Isnin.

Ia dipercayai berpunca daripada kebakaran ladang kelapa berhampiran Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular, Pahang.

Berdasarkan data yang dikongsi dalam laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Pihak bomba membuat pemantauan di kawasan kebakaran. Foto JBPM
Pihak bomba membuat pemantauan di kawasan kebakaran. Foto JBPM

APIMS menurut data sama memaklumkan, kebanyakan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan IPU tahap sederhana termasuk Kuala Terengganu di Terengganu (72); Banting, Selangor (83); Pegoh Ipoh, Perak (64); Batu Muda Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (63); dan Port Dickson, Negeri Sembilan (61).

Selain itu, di Sabah hanya satu kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu di Politeknik, Kota Kinabalu manakala di Sarawak semua dalam bacaan baik.

Sebelum ini, kebakaran ladang kelapa di belakang Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Gebeng, pahang sejak 22 Februari lalu merebak dengan kawasan terbakar meningkat kepada 75.67 hektar sehingga Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kebakaran kembali merebak pada Ahad akibat tiupan angin kencang.

Menurutnya, daripada keseluruhan kawasan terbakar, 66.77 hektar berjaya dipadamkan manakala usaha memadam baki kawasan terbakar seluas kira-kira 8.9 hektar masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!