Apa yang berlaku akan diingati: Dr Maszlee

Dr Maszlee tiba di perkarangan Istana Negara.
Dr Maszlee tiba di perkarangan Istana Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Kereta jenis Toyota Alphard membawa Maszlee yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tiba di perkarangan Istana Negara melalui pintu dua pada jam kira-kira 9.40 pagi.

Beliau sempat turun dari kenderaan dan menyerahkan kotak minuman kepada petugas media yang menunggu di luar Pintu 2 Istana Negara sambil menegaskan apa yang berlaku ketika ini akan menjadi sejarah buat negara.

"Apa yang berlaku pada hari ini, semalam dan esok akan menjadi satu titik sejarah dalam lipatan sejarah Malaysia yang akan diingati oleh generasi Malaysia," katanya kepada media sebelum memasuki kenderaan semula.

Hari ini baki 131 ahli parlimen akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk ditemuduga secara peribadi.

Sebahagian daripada ahli parlimen itu terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan tempoh temuduga seorang demi seorang secara ringkas dalam tempoh dua hingga tiga minit seorang.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat kerana beliau telah mengadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu pada Ahad.

Artikel Berkaitan: