'Arwah suka tolong orang, rakan yang baik'

Ahli keluarga menyiram air di pusara Muhammad Haziq Uzayr sebaik selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Sallehuddin Bandar Puteri Jaya Sungai Petani.
Ahli keluarga menyiram air di pusara Muhammad Haziq Uzayr sebaik selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Sallehuddin Bandar Puteri Jaya Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pelajar sekolah yang meninggal dunia selepas acara merentas desa, dikatakan ceria dan seronok untuk sertai aktiviti berkenaan pada Khamis.

Rakannya, Muhammad Shahrul Ashimie Md Fadli, 17, berkata, tidak menyangka Muhammad Haziq Uzayr kelihatan gembira sebelum acara itu bermula serta sempat mengucapkan 'selamat berjaya' kepadanya.

"Pagi tadi (Khamis) saya sempat menegurnya dengan ucapan semoga berjaya dan dia nampak 'happy' sangat... tetapi lepas menamatkan acara itu, dia terus rebah dan dibawa ke khemah tepi padang.

"Masa tu seorang cikgu berusaha memberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepadanya sementara menunggu ambulans tiba tetapi ketika itu arwah dah lemah," katanya.

Muhammad Shahrul Ashimie.
Muhammad Shahrul Ashimie.

Muhammad Shahrul Ashimie antara lebih 300 individu termasuk ahli keluarga, guru, rakan sekolah dan kenalan yang ditemui mengiringi jenazah Allahyarham Muhammad Haziq sehingga ke tanah perkuburan malam tadi.

Jelasnya, dia bagaikan tidak percaya kerana baharu sahaja bertemu rakannya itu yang disifatkan seorang yang baik dan suka tolong orang tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa arwah sudah meninggal dunia.

Muhammad Shahrul Ashimie berkata, dia sempat menatap arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan nampak jelas wajahnya berseri-seri.

Katanya, dia sedih kerana teringatkan kenangan bersama yang semuanya kini hanya tinggal kenangan.

Artikel Berkaitan:

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Sallehuddin Bandar Puteri Jaya di sini dan selesai kira-kira jam 11 malam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menyertai acara merentas desa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa dikatakan telah berjaya menamatkan acara sejauh enam kilometer itu sebelum rebah dan tidak sedarkan diri sebaik melepasi garisan penamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!