MBNT nafi terlibat dalam akaun Facebook palsu

Anas Hazizul (tengah) memegang laporan polis dibuat sebelum ini berhubung hantaran media sosial yang mengaitkan dirinya dan MBNT antara pengendali sebuah akaun Facebook palsu.
Anas Hazizul (tengah) memegang laporan polis dibuat sebelum ini berhubung hantaran media sosial yang mengaitkan dirinya dan MBNT antara pengendali sebuah akaun Facebook palsu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menafikan sebarang kaitan dengan sebuah akaun Facebook yang didakwa palsu dan dikendalikan oleh pihak tertentu.

Presidennya, Anas Hazizul Muhamad berkata, siasatan dalaman turut mendapati tiada penglibatan kepimpinan tertinggi MBNT dalam akaun media sosial tersebut sebagaimana didakwa sebelum ini.

Susulan itu, katanya, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 7 dan 16 Februari lalu.

"Laporan pertama dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa kami merupakan 'pager berbayar' sebagaimana disiarkan di sebuah laman media sosial.

"Selain itu, laporan kedua pula dibuat bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan saya selaku Presiden MBNT dalam akaun tersebut seperti yang ditularkan pada 15 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Anas Hazizul (tengah) ketika sidang akhbar di pejabat MBNT di Kuala Terengganu pada Khamis.
Anas Hazizul (tengah) ketika sidang akhbar di pejabat MBNT di Kuala Terengganu pada Khamis.

Menurutnya, berdasarkan penelitian, akaun Facebook tersebut dipercayai palsu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi berkenaan.

Jelasnya lagi, MBNT terikat dengan perlembagaan di bawah Fasa 5 dan Fasa 6 serta selari dengan keputusan yang sentiasa dicapai bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Artikel Berkaitan:

"Kami ingin menegaskan bahawa MBNT tidak terlibat dengan mana-mana laman media sosial berkepentingan, lebih-lebih lagi yang menyerang Kerajaan Negeri Terengganu atau Kerajaan Persekutuan.

"Kami sentiasa berpandangan bahawa kepelbagaian pendapat adalah sebahagian daripada perjuangan kami dalam memperjuangkan pembangunan belia di Terengganu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kawalan terhadap media sosial perlu dilakukan secara berhemah dan seiring dengan keperluan semasa.

"Kami sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, agensi berkaitan serta pihak swasta bagi membentuk pendekatan lebih berkesan dan berkualiti dalam pembangunan belia di negeri ini,"tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!