UMNO, Pas tarik balik sokong PM, syor bubar Parlimen

Annuar - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Annuar - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan blok pembangkang mencapai kata sepakat bahawa Parlimen harus dibubarkan dan syor berkenaan telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, syor berkenaan sebagai satu bentuk keadilan kepada sistem demokrasi dan mandat perlu dikembalikan semula kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Menurutnya, persepakatan itu juga sebagai tanda mereka menolak penubuhan kerajaan perpaduan yang mungkin dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sementara.

"Maka setelah berbincang, kami tidak boleh menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tidak perlu timbul teka-teki, mandat harus dikembalikan kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen.

"Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan, secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Annuar dalam masa sama berkata, berikutan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Muafakat Nasional juga terpaksa menarik balik akuan bersumpah (SD) yang menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: