18 kes berprofil tinggi diberikan DNAA tempoh 7 tahun - Azalina

Jabatan Peguam Negara memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) kepada 18 orang kenamaan (VIP) atau berprofil tinggi dalam tempoh 2018 hingga 2024 lalu selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan Peguam Negara memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) kepada 18 orang kenamaan (VIP) atau berprofil tinggi dalam tempoh 2018 hingga 2024 lalu selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) kepada 18 orang kenamaan (VIP) atau berprofil tinggi dalam tempoh 2018 hingga 2024 lalu selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kes tertinggi direkodkan masing-masing pada 2020 dan 2023 iaitu sebanyak lima kes membabitkan golongan berkenaan.

Selain itu, tiga kes pada 2019, dua kes pada tahun lalu dan 2018 dan satu kes pada 2021.

"Keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) adalah selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

"Dalam menjalankan kuasa tersebut, Peguam Negara akan menggunakan budi bicaranya berasaskan keterangan yang diperoleh daripada pihak penguat kuasa, perkembangan dan keterangan baharu yang wujud semasa perbicaraan kes berlangsung," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai jumlah kes VIP atau VVIP yang diberi keputusan DNAA sejak lima tahun kebelakangan ini dan langkah mempertingkatkan ketelusan proses perundangan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam memastikan ketelusan proses perundangan yang melibatkan DNAA, usaha reformasi melibatkan pelbagai peringkat sistem kehakiman sama ada dari segi perundangan, komunikasi atau prosedur juga dilaksanakan.

Ujarnya, kerajaan dalam masa sama turut mewujudkan kerjasama strategik bersama universiti-universiti tempatan untuk menjalankan kajian perundangan sebelum membuat sebarang cadangan penambahbaikan.

"Kerajaan turut memperkenalkan inisiatif Roadmap: Al Legal Justice 2025 yang berperanan untuk menerima pakai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Al) dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang melibatkan agensi-agensi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bagi meningkatkan akses keadilan serta membantu dalam kecekapan proses kerja.

Artikel Berkaitan:

"Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan perundangan, memudahkan proses penggubalan undang-undang, meningkatkan ketelusan serta menjimatkan masa kerja," katanya.

Beliau menambah, usaha reformasi melibatkan penubuhan akademi kehakiman secara pentadbiran di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang bertujuan antara lain untuk menyediakan latihan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran profesional hakim mahkamah atasan sekaligus meningkatkan kualiti institusi kehakiman juga turut dilaksanakan.

Akademi kehakiman tersebut bertindak dengan melaksanakan kajian perbandingan berpandukan amalan terbaik negara-negara luar khususnya dari aspek struktur, kawalan dan pengoperasian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!