Pas konsisten bentuk kerajaan tanpa DAP

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BERDASARKAN perkembangan terkini politik semasa, Pas tenang dalam mengambil sebarang tindakan berdasarkan lunas dan saluran yang dibenarkan oleh perundangan.

Penglibatan Pas adalah demi untuk menyelamatkan negara disebabkan keadaan yang tidak stabil akibat tekanan sesetengah pihak terhadap Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya menyerahkan kuasa secepat mungkin.

Pas menegaskan sekali lagi tetap menyokong Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagaimana mandat yang diberikan oleh rakyat.

Namun Pas tegas pembentukan sekiranya berlaku pembentukan kerajaan baharu, ia mesti dibentuk tanpa penglibatan DAP yang merupakan ancaman kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Ini berikutan tindakan-tindakan ekstrem DAP yang cukup jelas sepanjang pemerintahan PH menggugat keharmonian, kestabilan politik malah cuba bermain api perkauman serta amalan yang bercanggah dengan perlembagaan.

Pas berharap rakyat bertenang dengan situasi yang berlaku. Pas juga memberi sepenuh kepercayaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana.

* Kamaruzaman Mohamad ialah Ketua Penerangan Pas

Artikel Berkaitan: