Kerajaan Pulau Pinang ucap takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning

Kon Yeow (tiga dari kiri) ketika menziarahi jenazah Allahyarham di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Kon Yeow (tiga dari kiri) ketika menziarahi jenazah Allahyarham di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, di sini pada petang Sabtu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang baharu pulang dari lawatan kerja di Jepun kira-kira jam 8.15 malam tadi terus bergegas ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menziarahi Allahyarham.

Menurutnya, kejadian yang berlaku amat mengejutkan dan beliau berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dengan apa yang berlaku.

"Ini adalah berita yang mengejutkan, tetapi inilah hakikat yang kita perlu terima.

"Jenazah akan dihantar balik pada malam ini juga, sudah sempurnakan semua proses dan akan dibawa balik ke Ipoh, Perak," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, isteri Allahyarham, Rozlita Abdullah bersama ahli keluarganya serta beberapa pemimpin UMNO Perak dan Pulau Pinang dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 8.49 malam.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Ipoh pada malam ini dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada jam 11 pagi Ahad.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin dilaporkan rebah ketika bersalaman dengan pemain lain di tepi padang ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandar Raya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisiner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.

"YB telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada jam 6.28 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!