ADUN Ayer Kuning meninggal dunia

Isham dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.
Isham dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, beliau yang juga bekas pemain bola sepak sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian selepas beraksi bersama bekas pemain kebangsaan lain dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Difahamkan wakil rakyat berusia 59 tahun itu dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya, Mohd Zakaria Mohamad yang juga bekas pemain bola sepak Perak ketika dihubungi media di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah dan empat orang anak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!