Cikgu Hamdan hilang sejak Isnin

Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang guru lelaki dikenali, Hamdan Hamzah yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang guru lelaki dikenali, Hamdan Hamzah yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang guru lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Hamdan Hamzah, 46, beralamat di Felda Kemelah, Segamat, kali terakhir dilihat ketika keluar dari kediamannya sekitar jam 5.15 pagi untuk ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Jementah.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, mangsa ketika itu dikatakan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego dengan nombor pendaftaran DEL 9426.

"Kehilangan guru berkenaan dilaporkan abangnya kira-kira jam 6.22 petang pada Rabu.

"Usaha pencarian telah digiatkan bagi mengesan mangsa dan sehingga kini dia masih lagi belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Ahmad Zamry meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai guru terbabit untuk segera menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Shamsuddin Ramli di talian 07-92799222 atau hadir ke balai berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!