Sultan perkenan pentadbiran kerajaan Selangor, berjalan seperti biasa

Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kanan) menerima menghadap Amirudin Shari (dua dari kiri), Gobind Sing Deo (kanan) dan Izham Hashim (kiri) di Istana Kayangan hari ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kanan) menerima menghadap Amirudin Shari (dua dari kiri), Gobind Sing Deo (kanan) dan Izham Hashim (kiri) di Istana Kayangan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar pentadbiran kerajaan Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sultan Sharafuddin berpuas hati dengan penjelasan bahawa kerajaan sedia ada ingin meneruskan komitmen bagi merealisasikan mandat rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum 2018.

"Tuanku memberi perkenan agar pentadbiran kerajaan negeri Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa.

"Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada saya selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor; Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Parti Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menghadap di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pagi ini," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu katanya, beliau telah bermesyuarat dengan pengerusi parti-parti komponen kerajaan termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari bagi membincangkan hala tuju negeri.

"Pentadbiran ini berikrar untuk kekal menghormati mandat rakyat bagi melaksanakan agenda bermanfaat untuk negeri dan rakyat Selangor seluruhnya," katanya.

Terdahulu, Amirudin bersama Gobind dan Izham hadir menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.

Artikel Berkaitan: